Akaun legacyevent.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

LELONG BUKU!

SEMUA BUKU RM10 SAHAJA!


Buku ini ditulis berdasarkan kisah benar seorang anak kecil yang dijumpai di tong sampah di Pahang. Bermula dari rumah anak-anak yatim, kemudian diambil sebagai anak angkat sehinggalah didera oleh bapa angkatnya sendiri. Marven ataupun nama islamnya Khairul Hafiz, melalui pelbagai rintangan dan dugaan dari sekolah sehingga ke dewasa. Khairul Hafiz kini masih berjuang membantu anak-anak yang senasib dengannya dan banyak memberikan ceramah motivasi untuk kanak-kanak ini.






Buku ini merupakan anekdot sekuel kepada buku pertama penulis, AKU, DIA DAN REZEKI. Aku, Dia & Rezeki 2 juga hadir dengan konsep himpunan kisah-kisah menarik pengalaman sebenar penulis bersama masyarakat sekeliling yang sarat dengan pengajaran. Abang Long, Penjual dadih menulis buku.








Anak-anak ini lembut hati dan lemah fikirannya walau senakal mana pun mereka. Masih belum benar-benar faham beza antara marah dan sayang. Mereka perlu diasuh dan dididik dengan hemah dan hikmah seperti tauladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Jika sebelum ini kita menyuruh, kita tukar kepada teknik meminta. Jika sebelum ini kita memberi hukuman, kita tukar kepada teknik memberi ganjaran. Jika sebelum ini kita marah-marah, kita tukar kepada teknik memujuk. Jika sebelum ini kita buat tidak peduli, kita tukar kepada teknik memuji. Aura perbezaannya akan dapat juga kita rasai. Daripada bersikap REACT TO THINGS kepada FIND SOLUTION TO ANYTHING. Lebih sabar, lebih memagami dan lebih dapat mengawal amarah. Walaupun kita masih tidak sempurna, yang penting kita menjadi lebih baik berbanding sebelumnya. Kita mahu menjadi ibu bapa yang penyayang, bukan ibu bapa yang garang. Mulakan sekarang.





Bekerja. Seronok Dua perkataan yang tidak pernah diletakkan dalam ayat yang sama. Bagaimana kita dapat merasa seronok semasa bekerja? Bagaimana kita dapat menjadikan kerja kita sebagai terapi harian? Syoknya Kerja Kita menberikan langkah-langkah mudah yang dapat dipraktikkan bagi menjadikan kita lebih seronok bekerja. Kita tidak sedar yang kita sebenarnya mempunyai KUASA hebat yang dapat mengubah cara kita bekerja. Ketahuilah langkah ini dan bekerja dengan seronok untuk seumur hidup.